KHUTBAH TERAKHIR KETIKA HAJI WADA’
Pada tanggal lapan Zulhijah, Rasulullah SAW berangkat ke Arafah melalui
Mina dan tinggal sehingga terbitnya matahari pada Sembilan Zulhijah.
Dengan menaiki unta, baginda berangkat ke Arafah. Pada hari Arafah,
Rasulullah SAW menyampaikan khutbah umum di tengah-tengah kaum Muslimin
yang sedang berkumpul untuk wuquf. Berikut adalah teks khutbah Baginda
ketika Haji Wada’,
“Wahai manusia, dengarkanlah apa yang hendakku katakan ini. Mungkin
inilah tahun terakhirku dan tidak akan berjumpa dengan kalian semua di
sini untuk selama-lamanya. Hai manusia, sesungguhnya darah dan harta
benda kamu adalah suci bagi kamu (tidak boleh di cerobohi oleh sesiapa
pun) seperti hari dan bulan yang suci di negeri kamu ini. Ketahuilah
segala bentuk kelakuan dan tindakan bebas orang Jahiliah juga tidak
boleh berlaku lagi. Tindakan menuntut bela atas kematian seseorang
sebagaimana yang berlaku di masa Jahiliah juga tidak boleh berlaku lagi.
Tindakan pembalasan Jahiliah yang ku maksudkan ialah tindakan
pembalasan di atas kematian Ibnu Rabi’ah bin Al-Harits. Riba Jahiliah
tidak boleh berlaku di dalam Islam dan riba yang ku maksudkan tidak
berlaku ialah riba seperti riba Abbas bin Abdul Mutallib iaitu menuntut
bunga yang di hutang oleh orang-orang yang berhutang. Sesungguhnya
segala jenis riba tidak boleh berlaku lagi.”
“Hai manusia, di negeri kamu ini syaitan sudah putus asa sama sekali
untuk dapat di sembah lagi. Akan tetapi dia masih menginginkan selain
dari itu. Dia akan merasa puas bila kamu melakukan perbuatan yang
serendah-rendah perbuatan (maksiat). Kerana itu hendaklah kamu sentiasa
berhati-hati dan jaga nama baik-baik agama kamu!”
“Hai manusia, sesungguhnya menangguhkan berlakunya bulan suci akan
menambah besar kekufuran. Dengan itulah orang-orang kafir akan menjadi
sesat. Pada tahun yang sama mereka melanggar dan pada tahun lain mereka
sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan
kesuciannya oleh Allah SWT. Kemudian mereka menghalalkan apa yang
diharamkan oleh Allah SWT dan mereka mengharamkan apa yang dihalalkan
oleh Allah SWT.”
“Sesungguhnya zaman berganti zaman, sepeti berlakunya masa Allah SWT
menciptakan langit dan bumi. Setahun mempunyai dua belas bulan. Empat
bulan antaranya adalah bulan-bulan suci iaitu tiga bulan berturut-turut
Zulkaedah, Zulhijah, Muharram dan bulan Rejab (antara bulan Jamadil
Akhir dan Sya’ban.)
“Takutlah Allah SWT dalam memperlakukan kaum wanita kerana kamu
mengambil mereka sebabai amanah Allah SWT dan kehormatan mereka di
halalkan bagi kamu dengan nama Allah SWT. Sesungguhnya kamu mempunyai
hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu
juga. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memberi masuk sesiapa pun orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah
kamu. Jika mereka melakukan kesalahan, pukullah mereka dengan pukulan
yang tidak membahayakan. Sedangkan hak mereka ke atas kamu ialah
seharusnya mereka diberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan
sebaik-baiknya.” “Maka perhatikanlah apa yang ku katakan ini, wahai
manusia sesungguhnya aku telah sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada
kamu, yang jika kamu berpegang teguh, kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya iaitu Al Quran dan Sunnah Nabinya. Wahai manusia,
dengarkanlah dan taatilah sekali pun kamu dipeintah atau disuruh seorang
hamba sahaya dari Habsyah yang berhidung pesek, selama mana ia
menjalankan perintah Kitabullah kepada kamu.”
“Berbuat baiklah kepada hamba-hamba kamu… berilah mereka makanan apa
yang kamu makan dan berilah pakaian dari jenis pakaian yang sama dengan
apa yang kamu pakai. Jika mereka melakukan kesalahan yang tidak boleh
kamu maafkan, maka juallah hamba-hamba Allah SWT itu dan janganlah kamu
menyeksa mereka. Wahai manusia, dengarkanlah apa yang ku katakan dan
perhatikanlah! Kamu tahu bahawa setiap orang muslim adalah bersaudara
kepada muslim yang lain dan semua kaum muslimin adalah bersaudara.
Seseorang pun tidak dibenarkan mengambil hak dari saudaranya kecuali
yang telah diberikan kepadanya dengan senang hati, kerana itu janganlah
kamu menzalimi diri sendiri.” “Ya Allah! adakah sudah ku sampaikan? Kamu
akan menemui Allah, maka janganlah kamu kembali sesudahku menjadi
sesat, sebahagian kamu memukul tengkuk sebahagian yang lain. Hendaklah
orang-orang yang hadir pada hari ini menyampaikan kepada orang yang
tidak hadir, mungkin sebahagian mereka yang menerima khabar lebih
memahami daripada orang yang mendengar. Kamu akan di Tanya mengenai aku,
maka apakah yang akan kamu hendak jawabkan?” “Mereka menjawab, “kami
bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, telah menunaikan
amanah dan memberi nasihat.” Kemudian seraya menunjukkan ke arah langit
dengan jari telunjuknya. Nabi SAW bersabda, “Ya Allah saksikanlah (tiga
kali).”
Nabi Muhammad SAW terus tinggal di Arafah hingga matahari terbenam. Pada
ketika terbenamnya matahari, Nabi SAW beserta rombongannya berangkat ke
Muzdalifah. Seraya memberi isyarat dengan tangan kanannya, lalu Baginda
bersabda, “Wahai manusia, harap bertenang, harap bertenang.” Kemudian
baginda membuat Jamak Takhir solat Maghrib dan Isyak di Muzdalifah. Pada
malam itu, Nabi SAW bermalam di Muzdalifah kemudian sebelum terbit
matahari Baginda berangkat ke Mina, lalu melontar Jamratul Aqabah dengan
tujuh batu kecil seraya bertakbir dalam setiap lontaran. Setelah
selesai, Baginda pergi ke tempat penyembelihan lalu menyembelih 63
binatang sembelihan (Budnah). Kemudian baginda menyerahkan kepada Ali
untuk menyembelih bakinya hingga genap 100 ekor binatang sembelihan
itu.
Selepas itu Baginda naik kenderaannya dan berangkat ke Kaabah (ifadhah),
lalu mengerjakan solat Zohor di Mekah. Kemudian Baginda menziarahi Bani
Abdul Mutallib yang sedang mengambil air zamzam lalu bersabda,
“Timbalah wahai Bani Abdul Mutallib, kalaulah tidak kerana orang-orang
tersebut bersama kamu, nescaya aku menimba bersama kamu.” Kemudian
Beliau memberikan setimba air kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta
izin untuk minum. Akhirnya Rasulullah SAW kembali berangkat ke Madinah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar